Teman wanita Aniq Suhair buka mulut, serik dan trauma rupanya bertahun kena pukul sampai muka berjahit

Sebelum ini nama pelakon baru, Aniq Suhair menjadi perhatian susulan timbul dakwaan daripada seorang wanita yang mengatakan aktor terbabit enggan bertanggungjawab selepas menghamilkannya.

Lama mendiamkan diri, akhirnya kekasih Aniq iaitu Emylia Marzuki tampil mendedahkan beberapa foto yang memaparkan badan penuh dengan kesan dipukul.

Dalam foto-foto yang dimuat naik, wanita itu berkata sebelum ini dirinya kekal setia biarpun mengetahui teman lelakinya curang.

Bukan itu saja, Emylia turut mendedahkan bahawa dirinya terima 12 jahitan serta kesan luka di bahagian muka akibat kecederaan yang dilakukan oleh teman lelakinya.

Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu kekasihnya sebelum ini pernah berjanji mahu berubah dan tidak akan melakukan hal-hal terkutuk lagi tetapi ia hanyalah sekadar ‘cakap kosong’.

Meskipun Emylia tidak mendedahkan mana-mana nama, namun rata-rata wargamaya mendakwa lelaki yang dimaksudkan ialah pelakon, Aniq Suhair.

Walau bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.

Baca juga: Peminta sedekah ketuk kepala pelanggan tengah makan sebab tak bagi duit