Tembakan dan letupan bom di Tak Bai sasarkan pihak berkuasa

  • Post author:

Tembakan dan letupan bom di Tak Bai sasarkan pihak berkuasa. Kejadian tersebut berlaku di wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan daerah ini, malam tadi.

Memetik Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada 9.40 malam dan dipercayai menyasarkan pihak berkuasa.

Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, insiden menyebabkan keadaan huru-hara dan situasi tegang.

Difahamkan, pihak berkuasa Thailand mengawal keadaan dan turut melakukan tangkapan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang ditemui mengesahkan kejadian berlaku di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Tumpat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa Thailand.

Baca Juga: 21 terkorban akibat tembakan rambang di sekolah dekat Texas

Baca Juga: Papan tanda besar, skuad cegah bunuh diri halang individu terjun di Jambatan Pulau Pinang