Biasanya kita menggunakan aplikasi Grab untuk menempah makanan atau pun untuk mendapatkan khidmat penghantaran ke sesuatu lokasi tetapi, baru-baru ini seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ennietrando telah berkongsi rakannya telah menggunakan aplikasi grab untuk mengejutkan suami dan anak-anaknya dirumah.
Menurutnya, rakannya itu tiada dirumah ketika itu dan anak-anaknya perlu ke sekolah. Dia cuba menghubungi suaminya beberapa kali tetapi tiada jawapan. Wanita itu yang ketika itu harus bekerja diluar kawasan meninggalkan anak-anak bersama suaminya.


Suaminya sepatutnya menghantar anak-anak ke sekolah pada hari tersebut tetapi, telah terlajak tidur dan tidak menjawab panggilannya. Wanita itu yang buntu untuk berbuat apa telah bertindak menempah Grab untuk ke rumahnya dan menekan loceng rumah untuk mengejutkan suami dan anak-anak.
Abang Grab tersebut juga menyatakan baru pertama kali dia mendapat kerja untuk mengejutkan orang tidur. Setelah abang Grab sampai dirumah dan menyampaikan pesanan wanita itu barulah suami dan anak-anak menyedari akan hal tersebut. Rata-rata netizen memuji idea kreatif wanita itu dan juga memuji abang Grab kerana sanggup menerima kerja tersebut.
Baca juga: Pertama di Asia, Menara KARL LAGERFELD bernilai RM6.5 bilion bakal dibangun di Melaka