Individu yang kekurangan maruah akhirnya terdesak untuk mencari mangsa menggunakan platform penghantaran terkemuka. Ini adalah trend terbaru di mana individu yang kehausan seks menawarkan perkhidmatan mereka kepada penghantar platform tersebut.
Baik sengaja dilakukan sebagai percubaan nasib atau dengan niat untuk hibur atau ‘scam’ pesanan penghantaran barang, tindakan individu seperti itu sangat biadab dan tidak bermoral, terutamanya kerana platform itu adalah untuk mereka yang mencari rezeki halal.
Ayus, yang berumur 34 tahun dan bekerja sebagai penghantar, merasa kecewa kerana pernah menerima tempahan yang aneh dari pelanggan yang terobsesi dengan seks seperti itu.
Ayus yang bekerja secara sambilan menggunakan kereta di sekitar ibu negara sejak enam bulan yang lalu, mengatakan bahawa isu ini menimbulkan persoalan tentang keselamatan aplikasi tersebut.
“Memang sejak sebulan lalu, saya terima tempahan pelik-pelik. Tetapi selalunya kalau keluar pesanan pelik, saya akan slide (terima pesanan) dan tekan button report order (butang aduan pesanan).
“Biasanya tempahan macam ini pin location (penetapan lokasi) dia di tempat sama ambil atau turunkan pesanan,” katanya berkongsi trend pelik itu.
Pemerhatian di facebook jumpa mendapati ramai yang berkongsi kisah trend pelik itu terutamanya penghantar barang perempuan.
Seorang penghantar wanita Nisa pula berkongsi pengalaman, dia nyaris menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab, namun nasibnya baik apabila suami menemaninya.
“Pernah dapat macam ini (pesanan tidak senonoh) sudahlah tempatnya tersorok macam bangunan terbiar di Shah Alam.
“Masa itu suami yang bawa (pandu kereta), apabila sampai dia (pembuat pesanan) tanya kenapa bukan perempuan bawa dengan nada mengeluh.
“Pemandu (penghantar barangan) terutama wanita, hati-hatilah. Dapat tempat pelik, tak payah slide (terima pesanan) dan kalau slide cancel (batalkan) lagi bagus,” katanya.
Baca juga: Baru umur 19 tahun, Cik B teruja kongsi hotel tour bernilai RM420,000