Baru-baru ini, tular mengenai Tengku Hassanal yang juga anaknda kepada Sultan Abdullah dan Permaisuri Aminah dari negeri Pahang dan Puteri Ameerah anaknda kepada Sultan Brunei dan bekas isteri Azrinaz Mazhar Hakim di Tiktok.
Laman media sosial tiktok milik @2007zry peroleh perhatian ramai.. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak ratusan ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan gambar Tengku Hassanal dan juga Puteri Ameerah yang berada di istiadat Agong ke-17 itu beserta kapsyen “Sesuai Sangat”.
Puteri Ameerah dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 28 Januari 2008. Beliau merupakan anak ke-12 Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isterinya, Azrinaz.
Baginda bernikah dengan Azrinaz pada 20 Ogos 2005, dan mereka dikurniakan dua orang anak: Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Puteri Ameerah, 16.
Azrinaz dan Sultan Brunei bercerai pada 2010. Dia telah berkahwin semula dengan rakan sekerja TV3 Firoz Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.
Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
Rata-rata dalam ruangan komen ada yang bersetuju bahawa mereka berdua dijodohkan bersama. Namun sebelum ini, Tengku Hassanal pernah memberitahu bahawa buat masa kini, beliau hanya mahu berkhidmat untuk negara dan rakyatnya.
Apa-apa pun, ‘kenen’ tersebut hanyalah gurauan dari netizen sahaja. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?