Tular kenyataan Tengku Mahkota Pahanag, Tengku Hassanal berkenaan dengan majlis perkahwinannya.
Kenyataan Tengku yang berbunyi “No wedding, takde kahwin, jangan kacau saya” di story media sosialnya jadi bualan hangat netizen.
Sebelum ini Tengku pernah dikaitkan dengan Tengku Nadirah, anaknda kepada Sultan Mizan. Ditambah dengan kenyataan dari Permaisuri Pahang bondanya yang menyebut “doakan kahwin dengan Puteri Raja”.
Tengku Permaisuri Pahang pula dilihat selalu bergambar dengan anaknda Sultan dari terengganu itu.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebelum ini dalam kenyataannya memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan kehidupan peribadi baginda lebih-lebih lagi melibatkan soal perkahwinannya kelak.
Kenyataan Tengku Hassanal itu sekali gus menafikan bahawa baginda akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.
“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai,” titahnya.
Pada masa sama, Tengku Hassanal Ibrahim menegaskan buat masa ini baginda komited untuk berkhidmat kepada raja dan negara, dan akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Baca: Panas isu lompat parti, ini latarbelakang Johari Abdul yang ramai tak tahu