Tengok bahagian atas semestinya kemas dan berkot bagai namun tengok bawah siap kain batik lagi, itulah situasi yang berlaku terhadap pembaca berita.
Menjadi seorang pembaca berita bukanlah perkara yang mudah nda perlu cekap dan pantas membaca di samping intonasi suara yang perlu dikekalkan.
Kita sering lihat mereka ini sangat kemas, kacak dan yang oastinya cantik siap di make up ketika sedang bersiaran langsung di kaca TV. Terpegun bukan.
Sudah pasti ramai di sini yang terlintas untuk menjadi pembaca berita juga kan?
Tetapi, lain pula dengan pembaca berita ini apabila dia berkongsi disebalik tabir pakaiannya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan pembaca berita berkenaan berkongsi pakaiannya sebelum membaca berita di televisyen.
Dapat dilihat dia sudah lengkap dan kemas memakai sut, tetapi di bahagian bawah pula dia dengan santai hanya memakai kain batik saja.
Hal ini kerana, ia tidak nampak bahagian kaki semasa sedang bersiaran langsung.
“Begitulah juga student tiap kali record video present assignment” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan ada juga berkongsi perkara sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 601.6K views, 12.8K likes dan 235 comments di TikTok.
Baca juga: Selepas menyaksikan kereta eksiden, siapa sangka lelaki ini berjaya menang jackpot RM12.9 juta