Sekufu dalam perkahwinan adalah perkara yang sangat dituntut kerana ia menunjukkan keserasian dalam bertoleransi dan juga dalam kehidupan.
Contohnya, pekerja katering di hospital yang bertaraf rendah tidak sekufu dengan doktor kerana risau akan wujud perbalahan berpanjangan sepanjang perkahwinan.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang sebelum ini berkenalan dengan lelaki yang juga pemandu lori namun bertindak memutuskan hubungan kerana tidak sekufu.
Assalamualaikum semua. Saya mulakan cerita saya daripada sebelum kahwin dan selepas kahwin. Saya Puteri. Sebelum saya berkahwin, saya ada boyfriend A (BFA). Bercinta selama 3 tahun setengah. BF A ini dia kerja biasa – biasa sahaja.
Kilang dan pangkat rendah operator pada zaman 2008. Gaji pada masa itu RM450 (basic). Saya pula masa itu sedang sekolah tingkatan 6. BF A ini sangat baik, nampak usaha dia nak cari kerja yang gaji yang lebih tinggi untuk berkahwin dengan saya.
Dia gembira dia dapat kerja sebagai driver lori yang mana gaji tinggi RM3k pada masa itu di kampungnya negeri P. Naik yang sangat banyak. Dia siap bawa saya balik kampung dia, jumpa mak ayah dia dan tunjuk lori dia. Saya tengok dengan tiada perasaan dan termenung depan pintu rumahnya
Macam-macam dalam fikiran ini, kalau aku kahwin dengan dia, mesti dia bawa anak aku pergi sekolah naik lori ini, kalau aku kahwin dengan dia mesti dia bawa aku jalan – jalan naik lori ini, kalau aku kahwin dengan dia mesti aku kena ikut balik kampung dan tinggal di kampung dia.
Hmmm itulah dalam fikiran aku waktu zaman remaja yang tidak matang. Maaf. Saya pada masa itu, masih jiwa remaja, tidak matang. Saya rasa, saya tak boleh nak pergi jauh dengan dia. Saya sayang dia, cuma saya tak happy dengan kerja dia.
Bila jiwa remaja, saya tak fikir BF A ini dah berusaha dan ada rasa tanggungjawab untuk berkahwin dan bila berkahwin dah bersedia untuk menggalas tanggungjawab untuk isteri dan anak – anak tak kiralah kerja macamana pun. Cuma saya tak fikir benda itu waktu dulu.
Jadi, saya perlahan – lahan jauhkan diri daripada dia. Saya dapat sambung belajar di Universiti. Saya belajar 3 tahun. Selama itulah dia merayu untuk terima dia. Saya memang dah tiada hati. Sebelum BF A nak bertunang dengan orang lain hasil adik dia rekemen, dia masih call saya bertanyakan jika saya betul-betul suka dia dan nak berkahwin dengan dia, dia sanggup tolak untuk bertunang dan berkahwin dengan orang lain.
Saya cuma cakap, tak apa jangan tunggu saya. Awak kahwin sahaja dengan pilihan adik beradik awak. Bila saya terdengar radio Suria FM, ada panggilan daripada sesorang lelaki yang meluahkan tentang GF dia masuk Universiti dan lupakan dia, szupppppp menyusuk dalam hati, terasa saya.
Lelaki itu request lagu Ukays tak silap saya, “kekasihku di menara gading”. Luahan itu membuatkan saya kesian pada lelaki itu. Saya fikir, mesti BF A rasa seperti dia. Maaf.. Saya teruskan… Pada masa ini saya ada kenal dengan BF B.
BF B ini dia kerja di bawah agensi pelancongan. Uruskan orang yang nak ke Umrah. Gaji tak banyak, biasa – biasa sahaja. Dia berasal dari negeri K. Kami berkawan dalam masa setahun sahaja, saya tengok dia seperti tiada usaha untuk mencari duit dan simpan untuk berkahwin jika saya habis belajar nanti.
Bila keluar makan pastinya saya yang keluarkan duit, atau mesti dia arahkan untuk kongsi bila nak bayar. Jadi saya nampak dia betul-betul kedekut. BF B, terp4ksa pulang ke kampung disebabkan ayahnya tak sihat dan s4kit perlu penjagaan.
Jadi dia berhenti kerja. Terus pulang ke kampung. Sehingga sekarang dia tidak bekerja. Selama berkawan dengan dia, saya dapat rasakan dia tidak sesuai dengan saya. Walaupun dia sangat hensem, tinggi, cerah. BF B macam pelakon Mustapha Kamal.
Tapi dia kedekut dan malas nak kerja dan tidak rasa nak berusaha upgrade diri. Saya pun terfikir, jika aku kahwin dengan dia, mesti saya kena ikut dia balik kampung. Saya tak nak tinggal di K. Mesti saya makan hati je sebab dia kedekut.
Kalau ada anak mesti saya sedih kalau dia berkira. Ketahuilah adik – adik, hensem sahaja tidak menjamin kebahagiaan kalau dia kedekut dan malas nak upgrade diri. Sed4ra saya, berkahwin dengan lelaki dari negeri K, malas sungguh nak bekerja.
Tapi yang saya pelik mereka senang dapat jodoh dengan cikgu dan nurse. Nurse dan cikgu ini tanggung mereka. Banyak habiskan duit untuk mereka. Ya tak dinafikan lelaki itu hensem, cikgu tu biasa – biasa sahaja. Bila mereka dah mula ada anak 2 orang. masa ini baru nampak bertapa struggle nak menyara suami dan anak – anak.
Sampai str3ss cikgu (wife dia) tu sehingga keluarkan pis4u minta diceraikan. Jadi adik adik, BF B saya memang hensem. Tapi, saya fikir ke hadapan. Saya pun perlahan – lahan jauhkan diri dari dia juga. Saya tak nak sampai keluarkan pis4u juga untuk diceraikan.
Sekarang, saya nampak di profile FBnya statusnya s4kit. Bila bertanya kawannya, ya dia ada s4kit jantung. Hidup dia sangat biasa – biasa sekarang. Buat kerja – kerja kampung. Akhirnya, kawan saya kenalkan pada saya seseorang lelaki kerja kilang juga (BF C).
Saya fikir dia office boy yang hantar – hantar surat. Saya terima dan berkawan dengan dia. Selepas beberapa bulan kawan, saya baru tau dia sangat bekerjaya. Bukan level biasa – biasa di Kilang. Saya berkawan dengan dia dan saya berjaya tamatkan pengajian saya.
Selepas saya tamat pengajian, saya terus dapat kerja mengikut bidang saya. Selepas setahun bekerja, terus mendirikan rumahtangga dengan BF C. Selepas beberapa tahun berkahwin, saya dikurniakan 3 anak yang sangat comel.
Kehidupan kami bertambah baik. Mampu untuk membayar yuran anak – anak di tadika mahal, insurance anak – anak, bawa anak – anak bercuti setiap bulan, bersalin hospital swasta. Kami terus dimurahkan rezeki. Hidup m4kin baik.
Saya sekarang menyambung pengajian di peringkat Ph.D dan BF C (suami saya sekarang) menyambung di peringkat Master. Saya rasa nak menulis, pada ketika ini saya termenung dan teringat kisah – kisah lama dan tertengok FB BF A dan BF B.
Saya juga terfikir, jika saya berkahwin dengan BF A, adakah saya mampu untuk dapatkan seperti mana yang saya ada sekarang. Jika saya berkahwin dengan BF B, adakah saya boleh lalui seperti yang saya lalui sekarang?
Mungkin saya sekarang tengah ke hulu ke hilir ke hospital bagi urusan s4kit jantung dia, mungkin saya tengah struggle cari duit seorang diri untuk menyara dia dan anak – anak. Siapa tau.. Indahnya aturan perjalanan hidup ini.
Mungkin doa dari mak ayah juga membuatkan kehidupan saya bahagia dan mendapat jodoh yang betul. Dengan kehidupan yang baik, ini akan membahagiakan hidup kita. Cinta sahaja belum cukup untuk menyara anak – anak.
Cinta selari dengan kewangan yang kukuh mampu membahagiakan kehidupan kita. Moga terus bahagia sehingga ke Syurga. Cinta sahaja tidak mencukupi adik – adik, wanita di luar yang sedang mencari jodoh. Carilah yang sama dengan anda. Bina dari bawah, sehingga berjaya.
Andainya anda pilih yang tidak sekufu, anda akan mula buat perbandingan. Akan timbul rasa nak lebih dan lebih sedangkan pasangan anda tidak mampu, jika tidak mampu ia akan membawa ke arah kecurangan dan penceraian.
Circle kawan kita adalah kawan – kawan daripada Universiti dan mempunyai kerjaya yang baik. Jika pilihan kita sebaliknya, kita akan down. Sebab itu pilihan sekufu penting bukan sahaja darisegi pendidikan, kerjaya. Jika anda daripada keluarga yang senang, carilah jodoh daripada keluarga yang senang juga. Kesimpulannya tengok siapa circle anda.
Akhir kata, maafkan saya jika ada terguris hati siapa – siapa. Saya cuma cerita kisah saya. Tiada nak menghina sesiapa. Maafkan Love, Ikhlas dari, – Puteri (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ini ‘trick’ mudah kawal penggunaan minyak masak, satu tong boleh tahan berbulan-bulan