Konflik Israel dan Palestin masih berlarutan sehingga hari ini, sebagai rakyat Malaysia sudah pastinya hati kita terusik dengan kekejaman yang menimpa saudara kita di sana.
Jika sebelum ini, sebuah masjid yang dibina badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia musnah dibedil tentera Israel, terbaru sebuah bangunan di utara Gaza yang juga hasil sumbangan negeri Kelantan juga telah musnah.
Menurut ciapan dari aktivis Palestine, Numan Mazlan, Menara Andalus difahamkan ia merupakan bangunan yang tertinggi di situ, namun kini sudah musnah menyembah bumi.
“Menara ini merupakan bangunan yang telah dibina semula hasil sumbangan Sultan Kelantan, kerajaan Kelantan, rakyat Kelantan serta Aid4Palestine,” tulisnya.
Dalam beberapa gambar yang dikongsikan, bangunan berkenaan dibaiki dan dibina semula pada tahun 2021 dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD190,000 (RM 907,829) hasil sumbangan kerajaan Kelantan.
Sebagai info, Malaysia merupakan antara negara yang bersolidariti dengan Palestin dan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024, telah menyatakan komitmen Malaysia membantu Palestin dengan penyaluran dana RM10 juta.
Baca juga: Gara-gara telan pil perangsang alat sulit lelaki ini tegang selama 3 hari berturut-turut