Kewujudan mendapan baru-baru ini di Masjid India membuatkan ramai rakyat sekitar yang takut ingin menjejakkan kaki di lokasi tersebut.
Dengan berita pelancong India, Vijayaletchumy yang masih belum ditemukan sejak 6 hari lalu turut membuatkan rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersedih.
Namun, kejadian tanah runtuh di Jalan Masjid India itu tidak berhenti di situ apabila ia mula merebak ke Kampung Kerinchi baru-baru ini.
Insiden longkang runtuh itu turut membuatkan ramai yang kecut perut akan nasib menimpa bandar kesayangan ramai iaitu Kuala Lumpur.
Berdasarkan gambar yang dikongsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya turut mengambil tindakan dengan pantas berdasarkan laporan yang diberikan.
Rata-rata netizen memberikan komen bahawa mereka takut untuk tinggal lebih lama di bandar ini berikutan teori ‘manhole’ yang bakal meruntuhkan bandar Kuala Lumpur yang dibina di atas gua batu kapur.
Baca juga: Terkejut tengok gua batu kapur bawah Kuala Lumpur, perkongsian lelaki ini buat ramai kecut perut