Kedai serbaneka mulai banyak dibuka di ibu kota seperti cendawan tumbuh. Hari ini pelbagai jenama kedai serbaneka menjadi pilihan pengguna kerana pilihan barangan yang agak menarik.
Jika dilihat banyak kedai serbaneka memang sering dikunjungi tanpa henti menjadikan perniagaan ini semakin maju. Pelanggannya juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan lapisan umur.
Baru-baru ini telah viral di TikTok sebuah kedai serbaneka yang agak popular telah menganiaya pekerja-pekerjanya.
Menerusi perkongsian @lishaaaa.13, kedai tersebut telah ditutup serta merta tanpa diberi notis awal kepada semua pekerja.
Lebih teruk lagi pekerja-pekerja hanya dibayar RM200 sahaja sebagai gaji. Perkara ini telah menimbulkan rasa bengang pada semua pekerja yang rasa telah dianiaya.
Jika dilihat melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat sekumpulan pekerja mungkin sedang cuba berbincang dengan pihak atasan atas apa yang terjadi.
@lishaaaa.13 TOLONG VIRAL KAN !!!! POTBOY GROCERIES TUTUP BISNES SERTA MERTA TANPA NOTIS AWAL DAN BAYAR GAJI RM200 shj ! Bila ditanya/bersuara kt boss besar, dia block semua terus @PotboyMart @BuletinTV3 @WORLD OF BUZZ @Majoriti Official #viraltiktok #viralvideo #botakproblem #potboygroceries #founderlari #fyp #fypviralシ #fypシ ♬ original sound – 𝓛𝓲𝓼𝓱𝓪 𝓡𝓪𝓶 🦋✨
Pihak atasan juga telah bertindak kejam dengan block semua pekerja apabila ditanya tentang perkara tersebut.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Baca juga: Pelik kucing selalu sakit dan tak bermaya, rupanya jadi mangsa sihir salah tuju