Seorang lelaki berbangsa Cina telah membuat satu pendedahkan yang mengejutkan orang ramai baru-baru ini di media sosial berkenaan dengan renovate rumah
Pemuda tersebut membongkar rahsia mengenai bangsanya sendiri menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Lelaki yang dikenali sebagai Adam Kelvin itu memaklumkan, sudah menjadi tradisi bagi orang Cina untuk melakukan renovasi rumah secara minimum
Hanya mengikut keperluan, amalan mendekorasi atau merenovasi rumah sudah tidak menjadi keutamaan bagi masyarakat Cina.
Jika renovasi perlu dijalankan, ia akan melibatkan perkara yang penting atau berguna sahaja seperti membuat table top, kabinet dapur dan tempat mendobi.
Asalkan berfungsi dengan baik, komuniti Cina juga jarang menghias atau mendekorasi rumah sehingga kelihatan mewah.
Sebagai contohnya, langsir biasa khususnya tanpa ropol sering menjadi pilihan ramai kerana ia tampak sederhana dan mudah dibasuh.
Sebaliknya, komuniti ini lebih gemar menghabiskan wang untuk tujuan pendidikan, melancong dan perbelanjaan makanan.
“Masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup.
“Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu.
“Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ini,” kongsi Adam yang juga pemilik sebuah pusat tuisyen.
Baca juga: Samakan logo MADANI dengan Freemason, ‘walaun’ kena sekolah dengan abang ni