Susulan pendedahan yang dilakukan di laman sosial Instagram Jofliam berikutan dirinya dan pempengaruh Cik Epal telah berpisah ternyata mengejutkan semua pihak.
Difahamkan, pekerja wanita yang dimaksudkan menjadi punca penceraian adalah seorang wanita yang turut berstatus isteri orang.
Namun, tampil membalas kepada Jofliam atau nama sebenar Jofli Abu Bakar, abang kandungnya turut membuka mulut akan isu yang melanda keluarga mereka.
Menurut Syah Jofli, dia dan keluarga tidak sama sekali masuk campur hal rumahtangga mereka namun terpaksa kerana membabitkan nama keluarga dan menimbulkan fitnah.
“Saya masuk campur setelah post-post kemesraan ditunjukkan di insta story yg mana boleh mengundang fitnah dan memburukkan nama keluarga, perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dlm keputusan mahkamah”.
“Tetapi justification yg diberikan tidak dapat diterima oleh orang yang ada pendidikan agama, screenshot yang diberikan adalah setelah adik saya or kakaknya diugut untuk menunjukkan keluarganya biadab dalam menegur.”
Syah turut mendakwa adiknya biadap dan tetap mahu mendedahkan kebenaran yang baginya berat sebelah di laman sosial Instagram.
Di akhir perkongsiannya, Syah mendedahkan wanita tersebut tiada tempat di keluarganya berikutan statusnya yang masih lagi isteri orang.
“Nasihat saya kembalilah kepada keluarga..keluarga mana tidak sayangkan adik/abg or anak sendiri”.
“Tidak berbaloi untuk trade seorang perempuan yg bagi saya amat biadab yg berstatus isteri org di media sosial fleexing seolah2 dia ahli keluarga kami, status dia hanyalah skandal berstatus isteri org yg tiada tempat di dalam keluarga”.
Baca juga: Dituduh main cinta dengan pekerja sendiri, Jofliam akhirnya buka mulut isu sebenar