Terdengar bunyi pukulan papan liang lahat, penduduk kampung gali semula kubur Ahmad tapi…

Terdengar bunyi pukulan papan liang lahat yang kuat sehinggakan memaksa penduduk kampung bertidak menggali semula kubur Ahmad yang meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu.

Bagaimanapun tindakan orang kampung di Nusa Tenggara Barat, Indonesia mendapat bantahan dari kalangan pengguna media sosial walaupun dipersetujui oleh ahli keluarga si mati.

Video memaparkan kejadian itu telah dimuat naik dalam akaun Facebook @Salome Kuah Mamagina.

Kubur itu dikatakan milik seorang penduduk bernama Ahmad yang meninggal dunia kira-kira 42 hari lalu.

Sekumpulan penduduk tempatan menggali semula kubur seorang lelaki yang baru sebulan meninggal dunia selepas mendengar bunyi dentuman kuat dari dalam tanah, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Orang ramai nekad menggali semula kubur itu selepas mendengar bunyi dentuman kuat seolah-olah seseorang sedang memukul papan yang menutupi liang lahad selama dua hari berturut-turut.

Kubur itu dikatakan milik seorang penduduk bernama Ahmad yang meninggal dunia kira-kira 42 hari lalu.

Ketika kubur itu digali, penduduk kampung menghidu bau busuk daripada mayat yang sudah mereput lalu mereka menutup semula kubur itu.

Walaupun mendapat persetujuan keluarga si mati, tindakan penduduk kampung itu mendapat bantahan pengguna di media sosial.

“Kenapa perlu digali semula? Atas alasan ingin tahu? Bagaimana mungkin mayat itu hidup semula. Mungkin ramai menganggap bunyi ketukan daripada mayat yang hidup semula,” komen seorang netizen.

“Ramai bersekolah tetapi tidak berpendidikan,” komen netizen lain.

Baca juga: ‘Keluar tiba-tiba patah balik, kami rasa lain tapi tak mahu pikir apa-apa’- 3,000 iringi Hattem Rashdi