Tergamak seorang suami belasah isteri baru habis berpantang dan mujur aksi ganas tidak berperikemanusiaan itu dirakam dan tersebar di media sosial.
Susulan bukti nyata itu, polis berjaya mengesan pelaku dalam video tular tersebut yang mengundang kecaman dan simpati orang ramai.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 0:31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri,” katanya dalam kenyataan, 20 Jun.
Jelasnya, punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel.
“Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.
“Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.
Isteri kepada lelaki itu yang dikatakan baru habis berpantang, pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu, sebelum terjadi pergaduhan.
BACA JUGA Terkejut tengok babi gemuk dibawa ke masjid, niat untuk buat ibadah korban dipuji