Tergamak ibu dera anak setiap hari sampai mati, mayat pula disumbat dalam beg pakaian dibuang di kawasan rumah

Tergamak seorang ibu bertindak kejam dengan mendera anak berusia enam tahun sehingga mati lalu dibuang di kawasan lapang di rumahnya.

Wanita itu bersama bersama tiga saudaranya dikatakan membunuh anak yang tidak berdosa itu dihadapkan di mahkamah dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Ini berikutan penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah padang rumput di Hyogo, Jepun pada Jun lalu.

Kanak-kanak malang itu, dikenali sebagai Nao Hosaka dikatakan dipukul hingga mati dan mayatnya disumbat dalam sebuah beg pakaian sebelum dibuang di sebuah kawasan lapang berhampiran rumahnya.

Suspek yang dikenal pasti ialah ibu mangsa berusia 34 tahun, bapa saudaranya berusia 32 tahun dan dua ibu saudaranya iaitu pasangan kembar yang masing-masing berusia 30 tahun.

Kesemua suspek tinggal bersama mangsa dan neneknya di sebuah pangsapuri.

Ibu mangsa sebelum itu dilaporkan membawa polis ke lokasi di mana mayat mangsa dibuang.

Dalam satu rakaman visual kamera litar tertutup kamera television litar tertutup (CCTV), kesemua suspek dilihat membawa beg pakaian terbabit kira-kira pukul 5 petang pada 19 Jun lalu.

Polis mengesyaki mangsa dipukul hingga maut dengan batang besi pada hari yang sama. Melalui siasatan awal yang dilakukan, terdapat penemuan banyak kesan lebam terutama di bahagian belakang mangsa.

Polis percaya Nao menjadi mangsa dera keluarganya dan perbuatan kejam tersebut dilakukan setiap hari.

Lebih menyedihkan lagi, nenek mangsa dipercayai turut menjadi mangsa dera apabila dipukul dengan batang besi dan dikurung dalam almari.

Dia bagaimanapun kini dalam perlindungan pihak berkuasa selepas dapat melarikan diri pada 20 Jun lalu.

Kesemua suspek yang ditahan semula pada 13 Julai lalu bakal berdepan tuduhan tambahan termasuk meninggalkan mayat mangsa dan gagal membawa mangsa ke hospital.

Baca juga: Ramai pertikai kenapa Bell Ngasri tidak dapat kereta dan wang tunai? Ini penjelasan pengasas Fellera Skin Care