Seorang pengguna di Terengganu meluahkan rasa kecewa terhadap peniaga yang tergamak beri sup dengan daging diberi hanya sebesar jari kelingking budak.
Dikongsi di laman Facebook Viral Media Terengganu, ibu muda itu mulanya menyangkakan peniaga berkenaan terlupa letak daging dalam sup itu.
Ini luahan penuh wanita berkenaan yang asalnya dalam loghat Terengganu:
“Rezeki beli sup daging nak buat sahur. Tengok dalam bungkusan pelik dah.
“Nampak bawang saja. Ingatkan tuan kedai tak ingat nak letak daging.
“Cuba letak dalam mangkuk yang keluar kuah saja.
“Daging lekat di dasar plastik. Letak daging suku dalam pinggan. Itulah hasilnye. Daging halus-halus beberapa keping, sebesar jari kelingking anak umur 6 tahun.
“Tergamak berniaga begini. Bukan nak kira tapi begitu ahhh… Sakitnye terasa di sudut hati. Lokasi kedai kelulut.”
Rata-rata orang ramai berpendapat masalah berdepan peniaga yang sedemikian menyebabkan mereka lebih rela masak sendiri di rumah.
Ada yang menggelar peniaga yang mengaut keuntungan melampau dengan amaun bahan makanan yang tidak sepatutnya seperti ‘pergi Mekah balik hari’.
“Saya tak beli daging campur dengan tulang. Buat sendiri lah baru puas hati, sedap pun sedap.
“Sebab tu saya lebih suka pilih masak sendiri di rumah sahaja, puas hati makan.
“Alhamdulillah, selamat maju jaya. Cepat ‘support’ peniaga,” demikian komentar juga sindiran warganet.