Tergamak santau adik sekarang perut membusung sampai nak bercerai berai sebab memilih enjoy ke luar negara daripada beri cucu kepada mak. Seorang abang sanggup santau adik iparnya sendiri kerana tidak berpuas hati.
Dalam satu pengakuan berani mati oleh seorang netizen tanpa nama di akaun Twitter @MeinMokhtar, netizen itu mendakwa adiknya iaitu suami isteri sering bercuti keluar negara sehingga melupakan tanggungjawab mereka.
“Mein, sumpah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku santau adik ipar aku, mula niat aku just nak dia sakit sikit and gaduh dengan adik aku ja.
“Sebab ye lah, dah 2 tahun kawin, asyik pergi travel dengan adik aku, sana sini habiskan duit, beli emas, anak tak reti ikhtiar pun. Aku ni anak pun dah 3.
“Mak aku tu mestila nak tengok cucu dari adik aku jugak. Tapi tak reti-reti ikhtiar. Anak-anak aku pun dah besar bukan baby lagi. Mesti mak aku rindu nak ada cucu baby. Tapi dua ekor sial tu masih nak enjoy,”
Bagaimanapun dia kini menyesal dengan perbuatannya dan risau akan diketahui oleh ahli keluarganya sendiri.
“Tapi sekarang aku tak tahu macam mana nak tarik balik sihir tu. adik ipar aku sampai dah berhenti kerja, perut membusung, bau badan busuk sangat-sangat.
“Adik aku pon minggu lepas tanya mak aku patut cerai ke tak dengan perempuan tu. Aku sebenarnya happy tapi kesian sebab perempuan tu anak yatim.
“Cumanya, mak aku suruh ikhtiar berubat dulu. Possible ke kantoi aku yang hantar? Sumpah aku takut kalau adik aku tahu aku g hantar. Aku nak tarik balik sihir tu sebelum diorang check.” katanya risau.
Baca juga: Pewaris perlu 50 warga Austria untuk agih harta pusaka bernilai RM127 juta