Seorang pemilik rumah terkejut apabila diminta membayar RM12,715 selepas elektrik di rumahnya putus pada hari pertama Sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Andy, seorang lelaki Singapura memuat naik soalan di laman sembang Facebook ‘Home DIY’ , bertujuan untuk mencari jawapan sama ada caj yang dikenakan pada waktu malam itu adalah harga yang normal.
Menurut Andy, dia memilih untuk menggunakan perkhidmatan juruelektrik tersebut selepas mencari maklumat di enjin carian Google.
Ini berlaku selepas dia gagal memulihkan bekalan tenaga elektrik di rumahnya pada pukul 11 malam waktu tempatan, pada Sabtu yang lepas.
Andy berkata di Facebook pada keesokan harinya: “Tiada resit atau invois tetapi dia (juruelektrik) membuat perincian harga untuk saya selepas saya memintanya.”
Butiran harga tersebut termasuk panggilan pada waktu malam dan penyelesaian kepada masalahnya.
Baca juga: Aslam, Misya makan semeja, netizen pula pertikai kenapa perlu ada yang ketiga