Terhibur panggil nama tak menyahut, rupa-rupanya tertidur dalam laci meja sekolah

Terhibur panggil nama tak menyahut, rupa-rupanya tertidur dalam laci meja sekolah. Sebuah klip memaparkan seorang budak lelaki nyenyak tidur di dalam laci meja sekolah.

Klip tersebut mendapat perhatian netizen di Indonesia, rata-ratya terhibur melihat murid sekolah rendah tersebut tidur di tempat yang sangat sempit.

Menurut laman berita Suara.com, video itu dimuat naik menerusi akaun Instagram bernama @penajamterkini_net.

Pembelajaran secara bersemuka kembali berlangsung di beberapa kawasan di Indonesia termasuk di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti.

Link Video Tersebut

Menerusi rakaman tersebut, pelajar itu tidak sedikit pun terganggu oleh bunyi bising yang dilakukan rakan mahupun gurunya. Badannya yang kecil menjadi bonus untuk dia tidur di ruang sempit tersebut.

Pelajar itu dicari oleh guru dan rakan sekelas sehingga seorang wanita berjaya menemuinya di dalam laci meja. Dia kelihatan tidur dengan begitu nyenyak sambil beralaskan tangannya sebagai pengganti bantal.

Rakan-rakan sekelas berulang kali memanggil namanya, namun pelajar berkenaan terus tertidur.

 

“Nasiblah muat-muat sahaja.

“Kelam kabut orang tua dia cari bila waktu balik, anak dia masih tak balik-balik lagi”, antara komen netizen Indonesia di hantaran video yang tular itu.

Baca Juga: Belum sempat jumpa anak Ernie, Anuar Zain hanya mampu tatap gambar cucu saudara

Baca Juga: Hanya 3 golongan layak keluar RM10,000 dengan syarat kena semak 4 perkara ini dulu