“Terima kasih kerana memahami”- Enggan berlakon bersama suami dan Ruhainies, Bella umum undur diri dari drama Terjerat?

Belum lagi reda kontroversi berkaitan suaminya, Bella Astilah kini memberikan bayangan bahawa dirinya menamatkan wataknya di dalam drama Terjerat.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Ruhainies dan juga penyanyi, Aliff Aziz.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, Terima kasih Dato’ Sri Jaspal, Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan.”

Bella turut memuat naik hantaran menunjukkan dirinya telah di’remove’ dari group whatsapp drama Terjerat.

Meskipun tidak menyatakan perkara sebenar, rata-rata netizen mengandaikan isteri Aliff Aziz itu telah mengundurkan dirinya dari berlakon bersama-sama suami serta Ruhainies yang dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Pada ahad lalu, Aliff Aziz serta Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam(JAWI) pada pukul 2 pagi malahan rakaman CCTV dari kondominium tersebut tular menunjukkan sebelum ini kelibat Aliff Aziz turut berada di situ sebelum ditangkap.

Baca juga: Tak sangka senang rupanya buat pes tomyam homemade, nak masak tinggal ceduk je!