Berikutan ramai pihak menghentam pelakon senior, Azhar Sulaiman yang membiarkan anaknya Kasih Iris Leona mengenakan pakaian yang mencolok mata di saat rakyat sedang bersolidariti terhadap negara Palestin.
Kasih Iris Leona telah menjadi sorotan selepas memuat naik video dan gambar mengenakan kostum seksi sehingga mendedahkan buah dada tersembuk keluar di media sosial.
Leona yang kini berada di England dilihat berkongsi foto berpakaian menjolok mata sehingga mendedahkan lurah buah dadanya.
“Bunny on the loose,”tulisnya Leona ringkas.
Susulan itu ayahnya Azhar turut terkena tempiasnya apabila pelbagai komen ditulis netizen di ruangan Instagramnya lebih-lebih lagi selepas dia mengeluarkan kenyataan berkenaan isu Palestin di media sosial.
Lalu dia telah memuat naik gambar Leona di hadapan Masjid Al-Aqsa dengan mengatakan yang gadis berkenaan sudah menjejakan kaki di sana.
“Altleast Leona pernah jugak jejak kaki dia ke sana dan melihat sendiri oppresians…
“Semoga Allah membuka hati kita semua,” tulisnya ringkas.
Azhar Sulaiman dah padam gambar ke?
Walau bagaimanapun, muat naik tersebut seakan sudah dipadam oleh Azhar dari media sosialnya selepas menerima pelbagai maklum balas daripada netizen yang mempersoalkan tujuannya berkongsi hal tersebut kepada orang ramai.
Tindakan tersebut berkemungkinan balasan kepada kecaman-kecaman yang diterima setelah anaknya berkongsi gambar berpakaian seksi sewaktu orang ramai sedang berduka di atas serangan yang terjadi di bumi Palestin ketika ini.
Terdahulu, video transisi pakaian harian Leona kepada kostum bunny telah mengejutkan netizen di media sosial memandangkan ia mendedahkan bahagian atas badannya dan juga berskirt sangat pendek.
Komen-komen diruangan Instagram serta TikTok miliknya dipenuhi dengan teguran supaya lebih menjaga pakaian dan memintanya untuk menghormati krisis yang sedang berlaku di negara Palestin memandangkan dia juga seorang muslim.
Baca juga: Petani kaya-raya kereta Jaguar miliknya terbiar selama 25 tahun dijual pada harga RM576,267