Kalau kita lihat dalam drama Korea, pasti ada babak yang mereka makan ketam dan segala makanan laut yang diperap dahulu supaya dapat rasa kemasaman perapan.
Kita juga dapat lihat bahawa mereka tidak merebus atau menggoreng ketam tersebut namun ia dimakan begitu sahaja.
Buat rakyat Malaysia yang mahu merasai kelazatan spicy marinated crab, ada resepi yang dikongsikan buat peminat peminat drama Korea.
Resipi ini dikongsi oleh seorang gadis dikenali sebagai @burntl4tte menerusi aplikasi TikTok.
Bahan-bahan:
1. Ketam
2. Serbuk Ghocugara
3. Minyak bijan
4. Sos ikan
5. Lada hitam
6. Bawang putih (ditumbuk halus)
Cara-caranya:
1. Basuh ketam dengan bersih menggunakan air.
2. Kukus ketam sehingga separuh masak selama 10 minit.
3. Ambil sebuah bekas dan masukkan serbuk Ghocugara atau Korean chili flake yang boleh didapati di pasar atau kedai Korea.
4. Selain itu, tambahkan minyak bijan, sos ikan, lada hitam, dan bawang putih yang telah ditumbuk halus ke dalam bekas tersebut.
5. Perahkan jus lemon ke dalam campuran tersebut.
6. Selepas itu, gaulkan ketam yang telah dibasuh bersih dengan campuran bahan-bahan tadi.
7. Perap selama semalaman sebelum disajikan untuk dimakan mentah.
Selamat mencuba!