Teringin nak makan udang tapi bila kat kedai dapat layanan kasar dari pemilik kedai buat gadis ini menangis teresak-esak

Makan di kedai makan boleh jadi memuaskan hati apabila makanan yang disediakan sedap dan berpatutan.

Layanan tuan kedai juga yang santun pada pelanggan membuatkan pelanggan tidak teragak-agak untuk kembali semula.

Pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami situasi dilayan kurang elok oleh sesetengah kedai makan.

Bila dilayan acuh tak acuh sudah pasti kita akan serik lagi untuk datang ke kedai tersebut. Pengguna TikTok @erin_ctj dilihat menangis teresak-esak selepas baru dimarahi oleh satu kedai makan yang baru mereka singgah.

Sambil menangis dia bercerita kepada ibunya apa yang berlaku. Menurutnya, dia ke kedai tersebut kerana ingin memesan menu udang di situ.

@erin_ctj Dari nk mkn udang x jadi nk makan udang😔 kalau bab makanan jangan lah mcm ni #fyp #foryourpage #foryou #trendingnow #fypã‚· #trending #foryourpagetiktok #trenddance #udang #adikudang ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Pada awalnya dia tidak mengetahui menu yang dijual di kedai tersebut dan bertanyakan pekerja itu tentang menu mereka.

Pekerja itu menjawab soalannya dalam keadaan marah-marah dan menghempas barang-barang.

Dia mendakwa dia tidak tahu apa kesalahannya sehingga dilayan begitu. Udang tersebut juga dilihat penuh dengan minyak dan tidak dibersihkan dengan elok.

Menurut ibunya, mungkin kedai tersebut marah kerana mereka tidak makan di keda mereka sebaliknya ke kedai sebelah.

Baca juga: Akibat makan tilapia tercemar, kedua-dua kaki dan tangan wanita ini terpaksa dipotong