Seorang wanita yang juga perniaga tepi jalan telah dihalang daripada berniaga oleh penjawat awam yang tiba-tiba datang ke kawasanya baru-baru ini.
Wanita itu telah menyiarkan satu klip durasi pendek bahawa beliau telah didatangi oleh beberapa penjawat awam untuk menutup jualan yang dijalankan ‘carbooth’ di tepi jalan.
Video durasi pendek itu telah disiarkan oleh akaun Tiktok alie9550, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Seperti yang kita lihat, wanita ini telah ditegur oleh salah seorang pihak mereka untuk tidak merakam.
Bagaimanapun beliau mengatakan bahawa telifon bimbitnya sendiri dan mempunyai hak untuk membuat video ataupun tidak.
“Awak dah jalankan tugas, telifon saya punya dan saya beli hak persendirian, saya dah bagi IC kan tak, jadi masalah kan,” kata wanita itu dalan video.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan selalunya terjadi pada rakyat Malaysia yang ingin mencari sesuap nasi di negara sendiri dengan harga barang yang semakin menaik.
Ada juga yang memberi kecaman kepada pihak mereka kerana tidak membanteras peniaga warga asing yang masih berkeliaran di negara Malaysia ini.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.1M penonton, 93.1K sukaan dan 11.8K komen.
Baca juga: Jika anda masih simpan RM1 kertas lama boleh jadi kaya-raya, nilai RM12,000 sekeping!