Seorang bayi perempuan maut ditembak oleh seorang doktor pakar yang juga ibunya sebelum bertindak bunuh diri dirumah agam yang bernilai RM4.55 juta
Kejadian mengejutkan itu berlaku di kediaman mewah miliknya di Westchester yang bernilai lebih AS1 juta (RM4.55 juta) di bandar Somer.
Insident tragis itu melibatkan Pakar Hematologi dan Onkologi, Dr. Krystal Cascetta berusia 40 tahun yang berkhidmat di Hospital Mount Sinai di New York City.
Menurut laporan ABC 7, Cascetta meninggal dunia akibat luka tembakan sekitar pukul 7.00 pagi selepas didakwa menembak bayi kecilnya.
Siasatan awal mendapati Cascetta memasuki bilik anaknya pada awal pagi dan menembak bayi perempuan itu. Kemudian dia menghalakan pistol itu ke arah dirinya sendiri dan melepaskan satu lagi tembakan.
Ibu bapa Cascetta turut berada di kediaman berkenaan ketika tragedi menyayat hati itu berlaku, namun suaminya, Tim Talty, 37, yang mengendalikan kedai rangkaian produk kesihatan tiada di rumah.
Cascetta yang merupakan lulusan Kolej Perubatan Albany, memegang jawatan sebagai profesor madya perubatan di sekolah perubatan swasta Mount Sinai dan menjadi penyiasat aktif ujian klinikal kanser payudara.
Wanita itu pernah menerima anugerah Persatuan Kehormatan Kemanusiaan Emas kerana menunjukkan kecemerlangan dalam penjagaan klinikal kemanusiaan dan dedikasi tinggi kepada perkhidmatannya.
Beberapa bekas pesakit Cascetta dilaporkan memenuhi ruang komen di media sosialnya untuk mengenang pakar perubatan itu dan menzahirkan rasa terkejut dan simpati mereka atas kejadian itu.
Baca juga: Selepas menyaksikan kereta eksiden, siapa sangka lelaki ini berjaya menang jackpot RM12.9 juta