Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah baru-baru ini menggemparkan dunia hiburan apabila menfailkan penceraian terhadap suaminya Aliff Teega.
Meskipun dilihat redha dengan kehidupan bermadu, Aisyah dilihat tetap kuat dan enggan berkongsi masalah peribadinya kepada umum.
Pasti semangatnya yang tidak luntur itu dituruni daripada bapanya yang dikenali sebagai Azahari Husin.
Azahari merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia dan Skudai dan juga pemimpin kepada Jemaah Islamiah.
Berikut ada biodata Dr Azahari Husin yang juga bapa kepada Aisyah Hijanah:
1. Pemimpin jemaah islamiah dan juga pensyarah.
2. Digelar Demolition Man serta pernah menjadi buruan paling dikehendaki kerajaan Malaysia dan Indonesia.
3. Penulis buku ‘Multiple Regression Analysis’.
4. Tahu membuat bom serta menulis manual cara-cara membuatnya untuk Jemaah Islamiah.
5. Mendapat latihan perang gerila di Afghanistan.
Bagaimanapun, Azahari tidak pernah ditangkap oleh pihak polis kerana dirinya yang licik dan cepat meloloskan diri membuatnya sebagai salah seorang yang dikehendaki.
Beliau dikatakan turut terbabit dengan :
- Serangan bom di Kedutaan Filipina, Jakarta 1 Ogos 2000.
- Serangan bom di bangunan Bursa Efek Jakarta 14 September 2000.
- Serangan bom di bangunan gereja Jakarta, Pekanbaru, Batam, dan Medan 24 Disember 2000.
- Serangan bom di Plaza Atrium, Jakarta 2001.
- Serangan bom di Gereja Santa Anna dan HKBP, Jakarta 2001.
- Pengeboman Bali pada 12 Oktober 2002 yang membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.
- Serangan bom di restoran McDonald’s, Makassar 2002.
- Serangan bom di bas, Poso 2004.
- Serangan bom di lapangan terbang Soekarno-Hatta, Cengkareng, Tangerang, Banten 2003.
- Serangan bom di Kedutaan Australia di Jakarta dan membunuh 11 orang.
- Serangan bom di bangunan pasar Tentena 2005.
- Pengeboman Bali 2005.
Baca juga: Wanita kongsi tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur