Terkejut bila tahu identiti sebenar bomoh fitnah Zulfarhan Zulkarnain, rupa-rupanya..

Bomoh yang disebut-sebut didalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) rupanya merupakan salah seorang bapa kepada rakan Zulfarhan Zulkarnain.

Nama sebenarnya ialah Abdullah Md Seh yang mendedahkan dirinya melihat Zulfarhan Zulkarnain mencuri komputer riba yang dikatakan penyebab pelajar itu dibuli rakan-rakannya.

Abdullah Md Seh juga merupakan bapa kepada tertuduh yang didakwa mencederakan Zulfarhan Zulkarnain iaitu Muhamad Ashraf Abdullah yang dikenakan hukuman tiga tahun penjara.

Arwah Zulfarhan Zulkarnain ditemui mati setelah dipukul beramai-ramai dan ditekap dengan seterika di keseluruhan badannya.

Mahkamah Rayuan pada Selasa lalu menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman gantung kerana membunuh Zulfarhan, tujuh tahun lalu.

Enam tertuduh yang kini berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Baca juga: Stim ikan dah tak perlu ada pengukus! Yang penting rasa tetap ‘onz’ macam kedai siam