Segala teknologi hari ini sangat bermanfaat lebih-lebih lagi jika digunakan untuk kegunaan yang baik.
Namun, teknologi juga boleh membawa kesan buruk kepada seseorang lebih lebih lagi jika digunakan untuk membuli orang lain.
Baru-baru ini, sikap kurang bijak netizen Malaysia yang beramai-ramai menghantar hantaran kurang sopan kepada pelumba Jepun, Shinji Nakano itu mencetus persoalan di hati pelumba berkenaan.
“Saya ingat orang Malaysia baik-baik.”
Ia disebabkan pelumba itu dikatakan membuat pelumba negara, Shah Firdaus terjatuh sekaligus gagal meraih pingat untuk Malaysia.
Bait-bait kata-kata itu pastinya membuatkan ramai yang malu kerana rakyat Malaysia adalah antara yang masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan sedangkan banyak lagi negara lain yang tidak mengutamakan perkara itu.
Namun tahukah anda, pada 2021 Malaysia mengungguli carta Top 10 buli siber di dunia?
Mari kita lihat bersama:
Baca juga: Video KSN berucap di masjid selepas dilantik tular, “Nama saya tak ada pun sebenarnya..”