Terkejut dengar ulasan pakar jantung mengenai status terkini Azizulhasni di Olimpik

Pada tahun 2021, negara dikejutkan dengan serangan jantungyang dialami oleh pelumba basikal nombor satu negara, Azizulhasni Awang. Masa depannya dalamsukan basikal dilihat gelap ketika waktu itu. Seolah-olah tiada lagi harapan untuk ThePocket Rocket Man untuk kembali ke gelanggang.

Namun semuanya berubah apabila Azizul bangkit menjuarai kejohanan dunia pada awal tahun ini lantas mencerahkan harapan negara untuk mendapat emas olimpik pertama buat Malaysia.

Memetik dari BH Online, pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon yang turut berada di Paris bagi memantau keadaan Azizulhasni, berkata kesihatan pelumba berusia 36 tahun itu dalam keadaan baik biarpun mengharungi perlumbaan berintensiti tinggi dalam acara pecut individu kelmarin.

Menurut Dr Jeffrey, Azizulhasni adalah individu istimewa apabila mampu pulih daripada masalah jantung dalam tempoh singkat untuk membolehkannya menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya, Azizulhasni sudah memenuhi segala ujian kesihatan yang ditetapkan pakar perubatan dan dijangka tidak akan berdepan sebarang kekangan jika mahu melakukan henjutan maksimum dalam usaha membawa pulang emas bagi acara keirin.

“Sukan disertai Azizul berkaitan dengan intensiti tinggi iaitu memerlukan seluruh anggota badan di tahap optimum termasuklah otot, jantung, mental dan fizikal.

“Selepas pembedahan, Azizul sudah menjalani beberapa ujian dan membabitkan rehabilitasi sebagai seorang yang baru menjalani pembedahan dan fasa kedua sebagai seorang atlet yang elit. Dia sudah capai kedua-duanya dengan baik.

“Dia memang seorang yang istimewa kerana tahu apa yang perlu dan sangat fokus. Disebabkan kekuatan yang ada pada dirinya berjaya mencapai semua sasaran yang ditetapkan untuk pulih, malah lebih awal lagi,” katanya ketika ditemu bual menerusi segmen Bekpes Hot di stesen radio Hot FM, semalam.

Cabaran Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman dalam acara pecut individu bagaimanapun berakhir di pusingan ketiga selepas tewas kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.

Pada April 2022, Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Baca: Olimpik: Patutlah acara larian jauh selalu orang Afrika menang, ini sebabnya