Guru merupakan nadi dan juga cahaya dalam membesarkan anak-anak.
Tanpa guru juga tiadalah pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang dalam mengharumkan nama negara.
Namun, baru-baru ini muncul kajian dari Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mendakwa ada sesetangah golongan penjawat awam yang suka mengambil sijil sakit palsu.
Ia dimaksudkan dengan guru dan pendidik yang didakwa membuat tindakan sedemikian lebih-lebih lagi selepas mengambil cuti panjang.
Dilaporkan juga selain itu, terdapat juga guru yang sengaja mengambil cuti kecemasan untuk kepentingan peribadi dengan alasan sengaja mahu melanjutkan tempoh bercuti tanpa menghabiskan baki ‘annual leave’ pekerja.
Cuepacs juga berkata setiap tahun dalam satu sehingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam memberi cuti sakit palsu atau mengambil cuti kecemasan.
Baca juga: Nilai ringgit makin kukuh, ramai persoal harga ayam pula tak turun-turun