Terkejut Juventus pun pakai lagu ‘Bey sobar bey’, rupanya ini penjelasan sebenar

Ramai terkejut apabila kelab bola sepak dari Itali, Juventus pun guna lagu ‘Bey sobar bey’ di laman sosial TikTok pasukan tersebut.

Rata-rata meninggalkan komentar hairan bagaimana lagu irama dikir moden yang popular di Kelantan berjudul ‘Cinta Setandan Pisang’ itu boleh mendunia sebegitu.

Dalam satu hantaran di laman itu, lagu nyanyian asal artis dari Pantai Timur, Eda Ezrin dan Den Manja tersebut menjadi muzik latar belakang kepada jaringan penyerang ternama mereka, Dusan Vlahovic selepas menjaringkan gol.

“Jangan risau admin setia orangnya, 143 Juventus forever,” tulis hantaran itu.

Rupanya, hantaran itu adalah dari ‘server’ Malaysia dan negara lain tidak boleh tonton pun video tersebut.

“Setiap negara ada admin untuk server, yang post ni admin dari Malaysia untuk server Malaysia,” kata Nabill menjawab kemusykilan pengguna TikTok lain.

Sehingga kini, klip video asal ‘Cinta Setandan Pisang’ yang disiarkan di saluran Youtube telah mendapat lebih 4.2 juta tontonan sejak diperkenalkan pada Januari lalu.

BACA JUGA Berhabis banyak duit nak besarkan anak, dua faktor ini penyebab kos cecah lebih RM1 juta