Terkejut tahu bayaran yang Ryan Bakery terima dari iklan raya Petronas

Ryan Bakery, nama yang tidak asing lagi bagi pemain media sosial. Video ‘POV’ nya sering menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia. Lantas menjadiknnya seorang pempengaruh dunia media sosial yang berjaya.

Dengan pengaruh popularitinyaa, tidak pelik syarikat-syarikat di Malaysia berminat untuk menggunakannya sebagai wajah iklan mereka.

Yang terlebih terkejut, syarikat nombor satu negara Petronas menjadikan wajah Ryan bakery sebagai kempen iklan raya mereka pada tahun 2024. Sudah pasti ini merupakan ukuran kejayaan yang tidak berbelah bahagi bagi Ryan Bakery.

Disebalik hal ini, ada yang cuba menyelongkar jumlah wang yang Ryan bakery sebagai wajah kempen untuk Petronas.

Baru-baru ini, seorang pengguna di X berkongsi tangkap layar komentar yang mendedahkan info dalaman berkaitan pembayaran kepada Ryan Bakery untuk kempen raya Petronas.

Di dalam tangkap layar itu, seorang individu mendedahkan telah menerima sumber info dalaman dari pekerja syarikat itu sendiri yang Ryan Bakery menerima sejumlah RM500,000 untuk iklan raya yang cukup trendy itu.

Bagaimanapun, seorang lagi individu lain yang mendakwa dirinya sebagai pekerja di syarikat gergasi itu mengiyakannya tetapi membetulkan kenyataan tersebut dengan berkata angkanya sedikit rendah yang dari yang asal.

Perkongsian tangkap layar itu langsung menjadi bualan netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan angka yang diterima oleh pempengaruh TikTok yang berasal dari Perak ini.

Sementara sebahagian lain pula merasakan angka bayaran yang dinyatakan sememangnya logik kerana pengaruh dan populariti Ryan Bakery yang cukup besar di dalam masyarakat. Ramai turut tumpang gembira mendengar berita tersebut kerana tahu jerih perih perjalanan Ryan Bakery sebelum sampai ke tahap ini.

Ada netizen yang turut berkata angka itu masih belum boleh dikira jumlah bayaran sebenar kerana perlu ambil kira kos lain dan pihak yang terlibat dalam projek kempen raya itu.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dan ini boleh dianggap sebagai khabar angin sahaja di kalangan pengguna internet.

Baca: “Bini memanjang mintak makan luar, bila duit gaji aku habis dia persoalkan kenapa”