Terkejut tahu gaji atlet Malaysia ke Olimpik, tak masuk akal

Menjadi seorang atlet bukanlah mudah. Ianya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Berlatih hari-hari dari subuh hingga ke malam bukan mudah untuk orang biasa. Tetapi bagi seorang atlet jika mahukan kejayaan, mereka wajib untuk berlatih sedaya mungkin untuk menjadi seorang juara.

Baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan peningkatan gaji minimum dari RM800 kepada RM1,500 kepada atlet dalam Program Podium sebagai salah satu usahaa untuk menghargai atlet kita yang sudah bersusah payah menjalani latihan untuk menjadi juara dalam bidang masing-masing.

Perkara ityu diumumkan selepas dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Penggal ke-23 kali ke-8.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, selepas ini elaun yang diberikan kepada atlet dalam program berkenaan diubah kepada gaji selepas ia akan dicarum di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya sudah sampaikan amanat kepada semua atlet serta jurulatih dan penambahbaikan yang paling penting akan bermula pada minggu hadapan bila mereka menandatangani kontrak untuk menjadi atlet Program Podium,” katanya.

Ujarnya, jumlah 393 atlet termasuk para akan menandatangani kontrak bersama MSN dan ini membabitkan caruman KWSP yang diminta oleh atlet.

“Carumannya 11 peratus bagi pihak atlet dan 13 peratus MSN, manakala impak kewangan kepada MSN ialah RM16 juta. Paling penting, atlet kita mahu ada jaminan untuk mereka.

“Jadi kita tunaikan hasrat mereka, tetapi saya mahu mereka tunaikan hasrat rakyat Malaysia dan mereka nak pingat emas Sukan Olimpik.

“Saya tahu ada hasrat untuk golongan pelapis juga terima, tetapi buat masa ini kita mampu adalah untuk atlet podium sahaja.

“Kita akan kaji semula kadar untuk jurulatih untuk pastikan ekosistem itu sempurna,” katanya.

baca: Nampak cantik, pemain badminton wanita pakai makeup ke tak masa main? Atlet bongkar rahsia