Terkejut tahu hotel mewah di KL bakal dijual dengan harga ini

Jarang-jarang kita dengar tentang jualan hotel mewah di Malaysia. Terkejut tahu hari ini apabila ada sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur bakal dijual.

Menurut dari portal NST, hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail dan pernah dikenali sebagai Merlin Hotel, kini berada di pasaran untuk dijual pada harga hampir RM700 juta.

Hotel Concorde yang bertaraf empat bintang dengan 581 bilik ini merupakan hartanah pegangan bebas seluas kira-kira 4.5 ekar dikatakan bakal dirobohkan jika ada yang mahu membeli.

Sumber menyatakan bahawa hartanah ini mungkin akan dibangunkan semula menjadi sebuah kawasan bernilai berbilion ringgit.

Minat beberapa pelabur yang tertarik dengan lokasi strategik hartanah tersebut menjadi faktor utama, walaupun pemiliknya, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, dikatakan tidak tergesa-gesa untuk menjual melainkan mereka menerima tawaran yang sangat menarik.

“Beberapa pelabur telah menunjukkan minat untuk membangunkan semula tapak ini kerana lokasinya yang prime. Namun, pemilik tidak terburu-buru untuk menjual kecuali jika ada tawaran yang benar-benar menarik,” kata sumber kepada Business Times.

Hotel yang mula dikenali sebagai Merlin Hotel dari 1957 hingga 1990 ini telah menjadi salah satu tempat ikonik di Kuala Lumpur.

Concorde juga mengalami persaingan yang semakin sengit dari hotel-hotel lima bintang baru pada pertengahan 1990-an, hotel ini telah menjalani renovasi strategik di mana tingkat-tingkat atasnya diubahsuai menjadi suite-suite premium.

Di Singapura, Ong Beng Seng juga dilaporkan bakal menjual Concorde Hotel & Shopping Centre melalui tender terbuka yang diuruskan oleh Savills Singapore.

Hartanah di 100 Orchard Road ini diletakkan pads harga S$820 juta (kira-kira RM2.8 bilion), dengan harga per plot ratio (ppr) termasuk balkoni pada S$1,801.

Walaupun hartanah ini dikhaskan untuk kegunaan hotel, Savills Singapore mencadangkan bahawa pembeli yang berminat boleh mengemukakan permohonan perancangan alternatif kepada Urban Redevelopment Authority (URA) untuk pembangunan yang mungkin lebih sesuai dengan lokasi tersebut.

Tender terbuka untuk hartanah ini akan ditutup pada 16 Oktober 2024, dan menariknya, pembeli asing termasuk warga Malaysia dibenarkan untuk menyertainya tanpa sekatan pemilikan.

Baca: “Bila mak call sorang pun tak pernah angkat, bila balik kampung acah-acah terpaling pembersih kat rumah”