Terkejut tahu individu ini di sebalik Global Ikhwan

Ramai taktahu mengenai kewujudan sebuah syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings yang kini dilanda pelbagai fitnah serta tohmahan daripada masyarakat.

Tular di laman sosial Facebook, melalui sebuah akaun Pusat Kajian Ajaran Sesat(PUKAS) yang mendakwa Pengerusi Eksekutif GISBH adalah pemandu kepada pengasas Ashaari Mohammad iaitu Abuya.

Nasiruddin Ali dikatakan pernah menjadi pemandu namun kini telah menjadi pucuk pimpinan tertinggi di Darul Arqam atau lebih dikenali sebagai GISBH.

“Dahulunya dia hanyalah seorang pemandu peribadi Abuya Ashaari semasa zaman Al-Arqam, berkat usaha keras isterinya Azura akhirnya dia dapat merasa jawatan Pengerusi Eksekutif.”

PUKAS turut mendedahkan selepas ketiadaan Ummu Jah iaitu isteri kepada Abuya, Azura memberitahu bahawa keseluruhan badan Nasiruddin mulia dan boleh memberi berkat kepada para pengikutnya.

Malahan kerana itu juga, para pengikut GISBH berebut-rebut mahu mengurut keseluruhan badan Nasiruddin namun perlu mengikut satu syarat iaitu haruslah dari golongan muda.

Sebelum ini, tular berita mengenai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan daripada 20 rumah amal kendalian kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Baca juga: “Kakak nikah tanpa wali, mak ada anak luar nikah”- Lagi pengakuan mengejutkan pengikut GISBH