Umum mengetahui baru-baru ini enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Ini kerana hakim berjaya menarik kembali seksyen yang sama sebelum ini untuk menghukum para pembuli Zulfarhan Zulkarnain menggunakan Seksyen 302 kanun keseksaan.
Namun, sebuah akaun Facebook menggunakan nama SheNurbaizura Atiqah mendedahkan kos sebenar yang digunakan untuk menghukum gantung seseorang banduan.
Mengikut data 2018, kos untuk menghukum gantung seseorang banduan berjumlah Rm1975.
Manakala terdapat kos tambahan yang bakal dikenakan jika mayat tidak dituntut berjumlah RM800.
Meskipun banduan ini bakal dikenakan hukuman, namun tubuh badannya tidak akan dicederakan kerana tali yang digunakan menggunakan tali yang berkualiti tinggi.
Tali yang digunakan ialah dari jut dan harganya berjumlah RM4,000 hingga RM5,000 yang turut mempunyai no siri serta diuji keberkesanannya.
Untuk yang tidak mengetahui, adanya ruang kosong dibawah lantai ketika sesi menggantung yang berketinggian 5.18 meter.
Masa yang diambil cumalah sekitar 15 saat untuk pintu perangkap dibuka ketika hukuman gantung dijalankan.
Baca juga: Rahsia orang dulu terbongkar! Minuman herba ini mampu buat badan sihat, tenaga pun makin kuat