Terkejut tahu maksud pengabaian mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, boleh penjara hingga 20 tahun

Pertuduhan pengabaian ke atas ibu bapa Zayn Rayyan seharusnya menjadi teladan kepada sesiapa sahaja yang bergelar ibu dan bapa di negara ini.

Kematian kanak-kanak autisme itu yang ditemui tidak jauh dari rumahnya sedikit sebanyak menghiris hati rakyat Malaysia yang mahukan keadilan kepada mangsa.

Buat yang tidak mengetahui, jika sesuatu terjadi kepada kanak-kanak terutamanya menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian, ibu bapa akan dituduh di mahkamah kerana kemalangan berlaku disebabkan kecuaian ibu bapa.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal juga mengakui keselamatan anak-anak perlu diletakkan di bahu kedua ibu bapa.

“Bagi saya, tindakan diambil terhadap ibu bapa (mengabaikan kanak-kanak) ini seharusnya diberi teladan kepada orang lain supaya jangan terlepas pandang perkara seperti ini,” kata Noor Aziah.

Antara lain Seksyen 31(1) (a) yang ditambah baik akan dipertingkat hukuman pesalah kepada denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan, bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Namun pada 18 September, tertuduh mendakwa mahu memohon kes pengabaian terhadap anaknya ditarik balik kerana mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

Baca juga: Kembali tular! Perbualan ‘whatsapp’ ibu Zayn Rayyan ini rupanya buat ramai netizen panas hati