Terkejut tengok babi gemuk dibawa ke masjid, niat untuk buat ibadah korban dipuji

Terkejut kariah sebuah masjid di Indonesia apabila melihat seekor babi gemuk dicadangkan untuk dijadikan haiwan korban semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Namun, individu yang membawa haiwan haram di sisi Islam ke masjid untuk disembelih itu tidak pula mengundang reaksi marah netizen.

Sebaliknya, dia yang merupakan seorang mualaf di wilayah Papua dipuji kerana niatnya yang ikhlas dan baik.

Difahamkan, lelaki itu baru sahaja memeluk agama Islam, menyebabkan dia memiliki pengetahuan amat sedikit tentang ibadah korban.

“Tidak mengapa, namanya masih belajar,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Lelaki ini memang terbaik, baru saja memeluk Islam tetapi sudah ada niat untuk melakukan ibadah korban,” kata netizen lain.

BACA JUGA Kerusi motor budak tular ini memang selesa, murah lagi memang berbaloi