Baru-baru ini berita tentang seorang wanita india yang menjadi mangsa jerlus membuatkan ramai tertanya-tanya apa yang ada di bawah bandar Kuala Lumpur.
Meskipun pelbagai spekulasi muncul namun masih ramai yang mahukan kebenaran berkaitan perkara itu.
Tular di laman sosial Facebook perkongsian seorang lelaki yang dibuat 9 tahun lalu mengenai kewujudan batu kapur tersebut.
“Malapetaka “Giant Sinkhole” boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa seorang dari kita pun dapat menjangka. 40-60% dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur.”
Lelaki tersebut turut menambah dengan pembinaan tanpa henti serta saliran yang kucar kacir, malapetaka tersebut akan tiba dengan lebih cepat.
“Sekarang ini di bawah KL sedang terbentuk gua-gua batu kapur yang besar,KL pula berada diatas bumbung gua ini.”
“2 tahun yang lepas satu gua yang besar telah dijumpai di Cheras semasa pengerudian laluan MRT2 bawah tanah namun dirahsiakan.”
Semalam, enam lurang kumbahan sekitar lokasi SAR di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, di sini, dibuka secara berperingkat setelah usaha mencari mangsa jerlus di kawasan dilaporkan menemui jalan buntu.
Enam lurang kumbahan itu adalah di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.
Baca juga: Video konsert dikir barat liar di Bachok tular, netizen tegur UAI