Terkejut tengok harga durian ‘Made in China’ ini cecah RM250,000

Setelah lebih 4 tahun mencuba untuk menghasilkan durian, kini negara China boleh berbangga kerana telah mengeluarkan kumpulan pertama durian dan bakal menjadi pesaing baharu Malaysia.

Mereka telah mengadakan acara bagi memperingati hari itu dengan melelong buah buahan hasil tuaian pertama.

Dalam sebuah video di TikTok, sebiji durian seberat 6.91 kg dilelong dengan harga permulaan 888 RMB (RM560). Harganya meningkat kepada 100,000 RMB (RM64,000), lalu meningkat lagi kepada 300,000 RMB (RM191,000).

Pihak penganjur telah meluahkan rasa terkejutnya apabila orang ramai sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli hasil durian pertama negara China itu.

Bidaan tertinggi yang tidak dapat disaingi ialah berharga 388,888 RMB (RM250,000).

Baca juga: “Kerja biasa tapi barang mewah, aku agak along ada buat kerja kotor belakang kami”