Terkejut tengok kenderaan mewah dimiliki Aisyah Hijanah, ada yang cecah jutaan ringgit!

Pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.51 pagi Isnin, difahamkan untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan kes jenayah, dipercayai membabitkan isu salah guna dana awam, baru-baru ini.

Namun pasti ramai tidak mengetahui pasangan pempengaruh tersebut memiliki beberapa kenderaan mewah yang berharga jutaan ringgit!

Aisyah yang juga seorang usahawan dan pengasas kepada butik dan jenama Hijanah serta Hijanah Books ini juga seorang yang berpendidikan malah dilihat sangat suka dengan kenderaan mewah.

Ia dibuktikan dengan pembelian kenderaan mewah yang juga kereta idamannya Porche Carrera 911 4S Cabriolet.

Meninjau ke ruangan harga bagi kenderaan itu, ia sememangnya layak digelar kenderaan mewah kerana berharga RM989,333 di laman web Carlist.my.

Malahan pempengaruh itu juga memiliki sebuah lagi kenderaan iaitu Range Rover yang berharga hampir RM700,000.

Kedua-dua kenderaan tersebut dibeli pada tahun 2022 sekaligus menimbulkan keraguan ramai hingga ada mempersoalkan kemampuan kewangan pasangan tersebut.

Baca juga: Digelar ‘Demolition Man’, terdedah identiti sebenar ayah kandung Aisyah Hijanah