Tiada seorang pun isteri di dunia ini yang mahukan perkahwinannya tidak bahagia bersama sang suami.
Malahan, isteri sanggup menyediakan segala keperluan suami demi untuk membahagiakan keluarga tercinta.
Namun wanita ini dalam dilema kerana suaminya seorang yang sangat menyakitkan hati dan enggan memujinya yang kini semakin cantik dek kerana dicaci maki oleh suami.
Ni akaun fake saya. Saya hanya nak meluah sikit. Kisah pasal saya dan suami. Kami baru berkahwin nak masuk 2 tahun. 3 tahun kami kenal berkawan biasa saja. Saya memang terdesak nak kahwin masa tu sebab saya ada anak tak sah taraf.
Mak ayah saya tak benarkan saya kerja mana-mana selagi tak berkahwin. Masalahnya saya tertekan duduk rumah, duit apa semua takde. Keperluan anak pun cukup sekadar apa yang mak ayah bagi. Saya tak puas. Jadi saya luah masalah saya pada Z (suami saya).
Masa tengah berkawan dia memang ikhlas kawan dengan saya. Dia terima je diri saya macam mana sekalipun. Satu hari saya terp4ksa ajak jugak dia kahwin dan dia setuju. Katanya dia pun sayangkan saya. Keluarga pun memang sukakan Z sebab dia memang baik. Kerja tetap pegawai gov, ada rupa dan dia duda anak sorang.
Keluarga mertua pun terima saya dengan hati terbuka. Mak mertua saya sangat baik, mertua dari syurga lah orang kata. Kami pun uruskan pernikahan kami dan selamat bernikah. Awal – awal nikah 2 – 3 bulan dia layan saya baik. Dia romantik. I love U sentiasa di mulut.
Saya memang teringin nak panggil dia abang, dia panggil saya sayang. Like typical suami isteri di Malaysia kan. Tapi dia tak nak. Jadi kami tetap la dengan panggil kami saya sebagai ibu dan dia ayah. Sama macam anak-anak panggil.
Kisahnya jadi 6 bulan lepas tu. Saya perasan dia macam dah kurang perhatian dengan saya. Dah tak macam dulu. Z ni dia ada per4ngai dari berkawan lagi dia memang tak pernah puji saya cantik. Cantik ke comel ke manis ke memang tak terkeluar dari mulut dia.
Saya ni kulit sawo matang je. Dari segi rupa memang la kurang nak banding dengan dia. Sebelum kahwin berat saya 85kg. Dia kata dia okey je. Lepas 6 bulan dia start komen body saya.. Okey fine Saya daiet. Dia support saya daiet.
Supplement ke fat burner yuran gym semua dia uruskan, saya pun turun dalam 20kg jugak. Berkat usaha dia, sekarang berat badan saya dah cantik, macam zaman anak d4ra. Tapi tetap tak puji saya. Tapi kalau perempuan lain cepat je dia kata cantik la manis la.
Saya bergaya je bila keluar, up to date, style perempuan berkerjaya, bergaya sesuai umur lah kan. Z ni dulu cerai atas sebab bekas isteri dia mental depr3ssion (bukan Z reka cerita memang ada bukti dari doc). Jadi dorang cerai cara baik.
Bekas isteri dia sangat sempurna bagi saya. Cantik kurus putih gebu. Nak banding dengan saya memang jauh. Jadi saya rasa suami malu dengan saya. Dia kurang bawak saya keluar kalau ada kawan – kawan dia. Kalau ada perjumpaan keluarga pun dia kurang nak bawak saya.
Kecuali kalau mak mertua dah tanya – tanya mana saya, baru dia bawak. Tapi saya perasan dia tak happy la kalau saya ada. Dari segi nafkah zahir dia tiptop. Rumahtangga pun dia tolong 50%. Kami sama – sama uruskan anak dan kemas rumah.
Dia ada mintak buat masa sekarang ni jangan mengandung lagi, nak merancang. Saya on je. Sebab saya pun tengah jaga badan. Tapi saya tahu dia sebenarnya tak nak ada anak dengan saya sebab dia tak nak anak yang tak comel.
Dulu dia pernah tersebut. Ada gambar baby girl tu, dia kata memang la comel sebab mak dia cantik rupa. Kalau mak pun macam mak lampir macam mana anak nak cantik. Saya terasa bab tu. Tapi saya tengok anak saya, dia cantik je. Ramai orang puji dia cantik.
Kadang-kadang saya str3ss sorang – sorang. Saya ni buruk sangat ke. Saya banyak makan hati dengan dia, dengan percakapan dia. Pasal nak bersama dengan saya pun, dia kena makan ubat untuk naikkan nafsu dia. Saya dah try hard nak goda dia sendiri tanpa perlu ubat.
Saya dress up cantik – cantik. Badan saya lawa dan s3ksi. Tapi dia tak bernafsu. Saya sedih dan saya tak bahagia dengan layanan dia pada saya. Dia selalu kutuk fizikal orang. Kalau dia jumpa orang yang berbadan besar ke gelap ke dia akan kutuk kat saya on the spot.
Dia kata pemalas nak daiet nak jaga makan tahu melantak je. Tapi saya dah ikut semua arahan dia jaga makan jaga kulit pun dia masih tak pernah puji saya. Saya dapat rasakan hati dia masih terpaut dengan bekas isteri dia yang tak sihat tu.
Yelah bekas isteri dia tu cantik perfect. Kisahnya awal kahwin bekas isteri dia normal je tapi dia malas urus rumahtangga dan pengotor. Bekas isteri dia introvert sampai tak boleh keluar rumah. Dorang selalu g4duh sampai kena anxiety mula nya dan melarat la lepas cerai terus mental depr3ssion.
Dari segi kelakuan saya rasa dah buat terbaik. Saya pandai masak. Saya kerja office hour, bekal dia breakfast dan lunch saya sediakan. Rumah bersih. Kadang – kadang je makan luar. Sebab saya suka masak. Saya pulak extrovert.
Bergaul dengan sed4ra mara ke kenduri kend4ra saya okey je. Ha bab masak dia selalu puji. Dia kata saya masak sedap. Tu je la pun. Dia selalu cita pasal bekas isteri dia. Saya jadi s4kit hati, ibarat dia tak move on. Padahal dia dok sibuk cakap dia benci bekas isteri dia.
Sebab tabur fitnah kata dia curang masa kahwin sampai dia mental. Bab curang setakat ni dia memang takde masalah. Saya cek fon dia memang clear. Bila tanya kawan office pun dia jenis tak buat per4ngai. Saya pernah tanya dia. Awak ada hati tak nak dua kan saya.
Dia kata tak terfikir. Dia jenis setia dan dia tak mampu nak jaga 2 orang serentak. Lagipun dia kerja kerajaan je mana mampu nak sara 2 dapur tapi saya str3ss dengan sikap dia macam tu.
Baca juga: Tular kamera AES baru dipasang di seluruh negara, siap boleh berpusing 360 darjah lagi