Veronica Garcia Fuentes, 36 tahun telah bertindak menyembunyikan hasil ujian positif COVID-19 sehingga membunuh suami dan tiga anaknya.
Dilaporkan oleh Newsweek, kejadian yang berlaku di Venezuala ini bermula apabila Veronica dijangkiti wabak COVID-19 pada bulan Disember tahun lalu, tetapi tidak memberitahu suami dan anak-anak.
Dia hanya mengaku kepada keluarganya bahawa dia mengalami selesema biasa dan berbohong bahawa dia tidak dijangkiti dengan wabak COVID-19.
Dia mempunyai tiga orang anak, anak sulung berumur 17 tahun dan dua anaknya yang lain berumur 4 tahun.
Selama kira-kira 2 minggu, Veronica menyimpan rahsia itu dan berbohong mengenai keputusan ujiannya. Dia hanya mengaku apabila hendak menghadiri hari keluarga.
Akibat daripada perbuatannya yang menipu itu, dia terus dikejarkan ke hospital dan setelah itu suaminya pula dimasukkan ke hospital setelah diuji positif.
Setelah seminggu berada di hospital, paru-paru suaminya menjadi hitam dan kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia disebabkan COVID-19.
Ketiga-tiga anak mereka pula diuji positif wabak COVID-19 pada bulan Januari yang lalu dan disahkan meninggal dunia akibat perbuatan ibunya yang tidak jujur.
Menurut data dari Worldometers, kes COVID-19 di Venezuela telah meningkat sehingga ke 129,231 kes. Angka kematian virus korona di Venezuela telah mencapai 1,223 dengan 121,094 pesakit pulih. – TV