Terkini : Selepas serang Gaza, Amerika ikrar akan salur bantuan pada Gaza pula

Amerika Syarikat (AS) berikrar memulihkan hubungan dengan Palestin menerusi pembukaan semula kedutaannya di Baitulmaqdis selain menyalurkan bantuan ke Gaza.

Pengumuman Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, itu secara tidak langsung menandakan perubahan dasar AS ketika berbanding era bekas Presiden AS, Donald Trump.

Trump sebelum ini sebelum menutup semua misi diplomatik dan menghentikan bantuan kepada Palestin.

Bagi jangka panjang, Blinken, membangkitkan kemungkinan meneruskan usaha ke arah penyelesaian dua negara yang diyakini sebagai kaedah terbaik mencari jalan tengah.

Katanya, ia dapat untuk memastikan masa depan Israel sebagai negara demokratik dan secara tidak langsung memberi hak kepada Palestin bagi membentuk negara yang diimpikan.

Diplomat tertinggi Presiden AS, Joe Biden, itu turut mengulangi sokongannya terhadap hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket dilancarkan Hamas.

namun, beliau menegaskan komitmen Washington untuk membina semula hubungan dengan Palestin selain menyuarakan keyakinan bahawa rakyat Palestin dan Israel berhak menikmati keselamatan, peluang kebebasan dan maruah yang sama.

“AS akan terus ke hadapan dalam proses membuka semula konsulat di Baitulmaqdis,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas, di Ramallah.

Tambah Blinken, beliau akan memaklumkan Kongres berhubung penyaluran bantuan AS$75 juta (RM311 juta) kepada Palestin, bantuan bencana segera AS$5.5 juta (RM23 juta) kepada Gaza dan kira-kira AS$32 juta )RM133 juta) bantuan kemanusiaan pelarian Palestin.

Terdahulu, Abbas memaklumkan pentadbirannya bersedia bekerjasama untuk membina semula Gaza.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran bahawa Israel sentiasa bersedia untuk mempertahankan negaranya.

“Jika Hamas menyerang Israel, serangan balas kami akan lebih kuat,” katanya. – AFP

sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/820850/mahu-pulih-hubungan-dengan-palestin