Terkini : Bill Gates umum cerai dengan Melinda selepas 27 tahun bersama

PENGASAS bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Melinda selepas 27 tahun bersama.

Dalam satu kenyataan bersama di Twitter, pasangan itu memaklumkan sudah tiada lagi persefahaman.

Keputusan itu diambil setelah perbincangan mendalam diadakan.

William Henry “Bill” Gates III (lahir 28 Oktober 1955) ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Yayasan Bill & Melinda Gates.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion.

Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002).

Apabila diwawancara oleh Wired News, mengenai harta kekayaan dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab “Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion”. Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak-anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.