Berita dipetik dari FMT
[8.38 MALAM] BN isytihar menang di 19 DUN sekaligus layak menubuhkan kerajaan negeri baharu, menurut bilik gerakan gabungan itu. Jumlah itu juga memberikan ia majoriti 2/3.
[8.30 MALAM] Bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron, dijangka akan tumpas di Asahan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini. Pada PRU14, BN menang.
Beliau meraih 1,344 undi berbanding calon BN, Fairul Nizam Roslan, yang meraih 3,472 undi.
Idris dan B Dhanesh (PN), yang meraih 1,846 undi, dijangka tidak akan dapat merapatkan jurang.
[8:28 MALAM] BN isytihar ‘menang’ di Gadek. VP Shanmugam meraih 2,987 undi, menewaskan penyandang, G Saminathan dari DAP, dengan kelebihan 536 undi.
[8:25 MALAM] BN isytihar ‘menang’ di Durian Tunggal. Zahari Kalil meraih 3,663 undi, dengan kelebihan 505 undi. Pada PRU14, PH menang.
[8:19 MALAM] Lim Ban Hong (BN) dikatakan ‘menang’ di Kelebang dengan 4,961 undi, meninggalkan PH (4,130) dan PN (3,812).
[8:15 MALAM] Calon Ketua Menteri BN, Sulaiman Md Ali, menang di Lendu dengan 4,486 undi. Beliau meninggalkan pesaing dengan kelebihan 3,104 undi.
[8:15 MALAM] Mohd Aleef Yusof (PN) mendahului di Sungai Udang dengan 4,012 undi. Pesaing terdekat, Mohamad Ali Mohamad (BN), meraih 2,870 undi.
[8:14 MALAM] Rahmad Mariman (BN) dijangka ‘menang’ di Ayer Molek.
[8:14 MALAM] Adly Zahari (PH) dijangka ‘menang’ di Bukit Katil.
[8:11 MALAM] VP Shanmugam (BN) masih mendahului di Gadek dengan 3,022 undi, berbanding PH (2,463) dan PN (2,041).
[8:09 MALAM] Akmal Saleh (BN) boleh dikatakan menang di Merlimau dengan 5,633 undi, meninggalkan pesaing dengan kelebihan 3,748 undi.
[8:08 MALAM] Sengit di Duyong. Mohd Noor Helmy Abd Halen (BN) mendahului Damien Yeo (PH) dengan kelebihan satu undi. BN meraih 4,259 undi.
[8:08 MALAM] BN isytihar menang di Ayer Limau. Hameed Basheer meraih 3,838 undi, berbanding PN (2,753) dan PH (798). Pada PRU14, BN menang.
[8:03 MALAM] Abd Razak Rahman (BN) dijangka merampas Telok Mas. Pesaing terdekat, Mohd Rafiq Naizamohideen (PN), meraih 3,601 undi. Tinggal hanya tiga saluran belum dikira.
sumber : FMT