Terkini: Budak tadika kena makan buaya semasa mandi di sungai

Sejak kebelakangan ini kes buaya semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kalau minggu lepas kita dikejutkan dengan penemuan buaya di tasik Shah Alam, kini yang terbaru ada kes budak 6 tahun dibaham buaya semasa mandi bersama atuknya di sungai.

Kejadian yang berlaku di sungai Kampung Seberang Pasar Lama, di sini membuatkan seorang kanak-kanak perempuan hilang selepas disambar buaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah dibaham buaya ketika mandi di sungai kira-kira pukul 6.30 petang.

“Kejadian turut disaksikan oleh datuk mangsa. setakat ini, anggota bomba sedang melakukan pencarian di kawasan tebing jeti bersama-sama dengan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan. 

baca: Terkejut tahu maksud pengabaian mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, boleh penjara hingga 20 tahun