Bekas peragawati dan guru sekolah, Kathryn Mayorga memfailkan tuntuan £56 juta daripada Cristiano Ronaldo kerana mendakwa dia dirogol pemain itu pada 2009.
Ketika itu, Ronaldo masih muda dan bermain untuk Man United. Mayorga mendedahkan bahawa kejadian itu berlaku di Las Vegas – namun Ronaldo menafikan sekeras kerasnya dakwaan itu.
The Mirror melaporkan satu perinta mahkamah dikeluarkan menyatakan Mayorga mahukan £18 kerana kesengsaraan dan kesakitan yang dia alami di masa lalu. £18 lagi untuk kesakitan dan kesengsaraan yang dia alami di masa akan datang. £18 juta adalah saman atas kerugian yang ditanggung, sementara £1.5 juta adalah bayaran guaman.
Satu laporan dikeluarkan Del Spiegel menyatakan Mayorga membayar Mayorga £270,000 pada 2010 untuk tutup mulut ataupun penyelesaian di luar mahkamah. Dan wanita itu dilaporkan menerimanya dan berjanji tidak akan mendedahkan perkara itu kepada umum kerana ianya boleh merosakkan imej Ronaldo sebagai bintang global.
Tetapi pada 2018, Mayorga membuat tuntutan di mahkamah dan memfailkan saman ke atas Ronaldo di Las Vegas. Menyatakan bahawa ketika dia menerima tawaran Ronaldo dahulu, dia tidak berfikiran dengan waras.
Terbaru, pasukan guaman Mayorga menyatakan mereka ada lebih 60 saksi ini termasuk ejen Ronaldo sendiri iaitu Jorge Mendes dan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli.
Di Juventus, Ronaldo meraih pendapatan £26 juta semusim. Ronaldo sebelum ini pernah memuat naik video di IG memberikan respon kepada tuduhan Del Spiegel.
Ronaldo berkata: “Tidak, tidak, tidak, tidak, apa yang mereka katakan tentang saya? Berita palsu, bohong. Mereka nak gunakan nama saya. Itu biasalah, mereka nak popular, maka mereka petik nama saya, tapi itu sudah menjadi sebahagian kerja mereka. Saya insan yang bahagia dan segalanya baik baik sahaja.”
Pejabat mahkamah Clark County mengumumkan awal tahun ini bahawa Ronaldo tidak akan dibicarakan di mahkamah jenayah.
“Tuduhan serangan seksual oleh Cristiano Ronaldo tidak boleh dibuktikan dengan keraguan tertentu.”
Mayorga yang juga guru sekolah, pernah bekerja menjadi model dan bertemu dengan pemain Portugal itu di kelab malam. Mayorga menyatakan Ronaldo mengajaknya ke sebuah bilik di Palms Casino Resort dan merogolnya tanpa kerelaan.
Walaupun sebelum ini Mayorga mengakui menerima penyelesaian di luar mahkamah, tetapi mereka kini mahu mencabar semula perjanjian tersebut.
Peguam Ronaldo dilaporkan mengetahui tentang kewujudan kontrak tersebut namun menegaskan tidak ada langsung pengakuan bersalah oleh Ronaldo di dalamnya.
Laporan Del Spiegel
Pada 2018, Polis di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membuka semula kes dan kertas siasatan untuk kes tersebut.
Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Susan oleh Der Spiegel sebenarnya bernama Kathryn Mayorga, bekas peragawati yang kini sudah berusia 34 tahun.
Satu dokumen mahkamah menyatakan yang Ronaldo merogol wanita itu kerana Mayorga berkali-kali menjerit ‘tidak’. Insiden berlaku pada 13 Jun 2009. Ronaldo pernah membuat penafian akan hal itu. Namun kenyataan Polis Las Vegas menyatakan:
“Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas membuka semula kes serangan seksual pada 13 Jun 2009.”
“Ketika laporan diambil, mangsa tidak memberitahu detektif kami lokasi insiden ataupun deskripsi suspek. Satu ujian medikal dilakukan untuk membantu siasatan.”
“Pada September 2018, kes ini dibuka semula kerana detektif kami telah diberikan maklumat terbaru oleh mangsa.”
“Ini adalah kes yang masih dalam siasatan dan tiada maklumat tambahan dikeluarkan buat masa ini.”
Ronaldo dan Mayorga dilaporkan pernah berunding di luar mahkamah untuk kes ini.
Namun Mayorga melakukan ‘dramatic u-turn’ kerana merasakan adalah lebih baik kes itu dibawa ke pengadilan. Ini yang membuatkan kes ini menjadi panas kerana Mayorga dikatakan mengkhianati perjanjian.
Berdasarkan laporan, Mayorga dibayar sekitar £270,000 untuk tidak mengenakan sebarang caj jenayah kepada Ronaldo.
Ronaldo memang menafikan akan kes itu dan menganggap ia adalah berita palsu, sengaja menggunakan namanya untuk mencari populariti. Ronaldo dan agensi beliau Gestifute sebelum ini berjanji akan mengambil tindakan ke atas Der Spiegel dan pihak yang tak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.
Dokumen laporan di mahkamah menyatakan: “Cristiano Ronaldo menolak plaintif masuk ke kamar tidur dan menolak ke atas katil untuk melakukan hubungan seksual.”
“Plantif menjerit, tidak, tidak, tidak.”
“Apabila Cristiano Ronaldo selesai melakukan serangan seksual itu, dia membenarkan plaintif meninggalkan kamar tidur dan meminta maaf, Ronaldo menyatakan biasanya dia ‘gentleman’.”
Ketika melakukan serangan seksual itu, Ronaldo ketika itu baru berusia 24 tahun, sedang bercuti dengan abang ipar dan sepupunya.
Cik Mayorga ketika itu berusia 25 tahun, bekerja di kelab malam Rain, terletak di dalam Palms Casino Resort. Mereka bertemu di kawasan VIP. Gambar Paparrazzi menunjukkan memang kedua-dua mereka ada bertemu di sana dan bercakap-cakap dengan satu sama lain.
Selepas berhibur di situ, Ronaldo menjemput Mayorga dan rakannya ke ruang penthous beliau di bilik 57306 untuk menikmati pemandangan dari Vegas Strip.
Ronaldo mengajak Mayorga mandi di dalam tub panas namun model itu menolak kerana tak mahu membuka bajunya. Ronaldo menyatakan ada beberapa baju lain di situ untuk Mayorga pakai.
Dokumen di mahkamah itu juga menyatakan yang Mayorga akhirnya mengalah, Ronaldo berjalan di hadapannya, dan meminta Mayorga melayannya.
Dalam temubual dengan wakil Der Spiegel, Mayorga menyatakan: “Lelaki ini popular, seksi, dan seorang yang dayus dan teruk.”
Mayorga memberitahu dia dipaksa melakukan hubungan tanpa kerelaan. Ronaldo berjanji hanya bercumbu dan kemudian membenarkan Mayorga pergi. Namun Mayorga menyatakan yang Ronaldo menjadi ganas dan rakus dan merogolnya.
Selepas dirogol, Mayorga membuat laporan polis di Balai Polis Las Vegas. Pada keesokannya, satu ujian medikal dijalankan di hospital. Bukti dan laporan diambil, didokumentasi dan digambar.
Selepas kes itu, Mayorga dilaporkan berhenti menjadi cikgu dan hidup dalam penyembunyian. Mendengar berita yang menyatakan kes ini dibuka semula, Cristiano Ronaldo telah memberitahu di siaran langsung instagram bahawa semua itu adalah berita palsu.
“Mereka mahu menjadi terkenal dengan menyebut nama saya, tetapi ianya adalah sebahagian daripada cara mereka.”
“Saya seorang yang gembira dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.”
Del Spiegel penipu – Pasukan Guaman Ronaldo
Peguam Ronaldo, Christian Schertz akan memfailkan tindakan undang-undang ke atas Der Spiegel yang dituduh menerbitkan berita yang dilabel “blatantly illegal” (secara terang-terangan menyalahi undang-undang).
Christian Schertz berkata: “Ianya telah mencemar hak peribadi klien kami Cristiano Ronaldo dengan cara yang tak boleh diterima.”
“Ini adalah laporan yang tidak dapat diterima dan penuh keraguan melibatkan privasi.”
“Oleh itu, ianya adalah menyalahi undang-undang untuk menghasilkan semula laporan ini.”
“Kami telah diarahkan untuk segera menyertakan semua tuntutan yang ada di bawah undang-undang akhbar ke atas Der Spiegel, khususnya untuk tuntutan pampasan bagi kerosakan moral dalam jumlah yang sepadan dengan graviti pelanggaran itu.”
“Dan salah satu daripada perlanggaran itu merupakan perlanggaran ke atas hak peribadi paling serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini. “
Der Spigel memberikan respon
Selepas Ronaldo menuduh Der Spiegel menipu dan mencari publisiti murahan. Der Spiegel telah menerbitkan dokumen penyelesaian luar mahkamah yang ditandatangani Ronaldo dan Mayorga.
Der Spiegel menyatakan:
“Tiada keraguan yang dokumen ini asli. Pasukan guaman Cristiano Ronaldo sendiri tak ada mempertikaikannya buat masa ini.”
Dalam dokumen itu jelas sekali ada tandatangan Ronaldo dan Mayorga serta peguam.
Dalam dokumen itu juga, Ronaldo menggunakan penama Topher yang menyatakan dia akan membayar wang kepada Cik. C.
Topher juga akan bertanggungjawab sekiranya Cik. C terkena jangkitan kuman kerana perhubungan itu. Dokumen yang diterbitkan itu juga menunjukkan Ronaldo ada menjawab beberapa siri soalan oleh peguam.
sumber : https://axello.net/tuduh-ronaldo-merogolnya-mayorga-tuntut-56-juta-ini-perang-ronaldo-vs-del-spiegel/