Terkini : Diskaun saman trafik akan dilanjutkan sehingga akhir tahun,kata PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.

“PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.

“Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.

“Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara,” katanya pada sidang media di program tersebut hari ini.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/diskaun-saman-trafik-dilanjutkan-sehingga-31-disember-kpn-335930